Ahli Perniagaan Thai pun Minat Dinar (Matawang Syariah)

Ahli Perniagaan Thai pun Minat Dinar (Matawang Syariah)

KOTA BAHRU : Kejayaan Kelantan memperkenalkan mata wang Dinar dan Dirham turut menarik minat Dewan Perniagaan Thailand untuk diperluaskan ke negara berkenaan. Naib pengerusinya, Niyom Wiratpanij berkata, penggunaan Dinar dan Dirham boleh diperkenalkan di Thailand kerana ia mampu menjana keuntungan besar ekoran kekukuhan pasaran emas.

“Kami akan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan bidang pelaburan tersebut daripada Kerajaan Kelantan” katanya pada dialog mengenai peluang pelaburan di Kelantan di Bilik Gerakan Negeri baru-baru ini.

Dinar Dan Dirham KGT

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato’ Hj Husam Musa. Delegasi Dewan Perniagaan Thailand terdiri daripada usahawan dalam bidang automotif, perhotelan, perladangan dan aksesori kenderaan. Mereka mewakili 28 persatuan perniagaan dari wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Satun.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Konsul General Thai di Kota Bahru, Suraphon Petch-Vra.
Pada dialog itu juga ada wakil persatuan usahawan berminat mengetahui jenis pasir yang boleh dibekalkan ke negara itu untuk menghasilkan barang-barang kaca.

Sebelum itu, Husam berkata penggunaan Dinar dan Dirham boleh diperluaskan ke Thailand memandangkan mata wang emas dan perak lebih stabil tanpa digugat manipulasi mata wang.

“Pihak Kelantan Golden Trade yang diwakili Prof. Umar Vadillo dan Pn Nik Mahani sehingga kini dijemput ke seluruh negara bagi menjelaskan kelebihan Dinar dan Dirham. “Malah pasa satu persidangan kewangan di Utah, Amerika Syarikat, mereka dijemput membentangkan penggunaan Dinar dan Dirham yang diadakan di Universiti Utah” Kata beliau.

Menurutnya juga penanaman padi organik yang dimulakan sejak 2007 oleh Syarikat Sunah Tani Sdn Bhd di Baruh Tunjung mendapat permintaan tinggi termasuk syarikat perngeluar beras dan makanan asas bayi.

Kata beliau pada peringkat awal seluas empat ekar ditanam padi organik dan sekarang meningkat kepada 12 ekar.

Husam juga berkata, Kerajaan Kelantan akan membangunkan Cheng Ho City di kawasan seluas 500 ekar di Rantau Panjang.

“Tahun lepas kita berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho dan tahun hadapan Ekspo Cheng Ho akan diadakan kali kedua. Program itu dijadikan acara dwitahunan”, katanya

Sumber : Harakah

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply