Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Akan Dibuka Di Pattani Thailand

Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Akan Dibuka Di Pattani Thailand

Pada 09/07/2012 saya terbaca satu berita tentang Ar-rahnu dibawah YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berminat untuk membuka cawangan di Pattani Thailand. Perkembangan ini menunjukkan industri pajak gadai Islam semakin diterima ramai dan kesedaran tentang kepentingan ar-rahnu dalam menjana ekonomi penduduk setempat khususnya yang beragama Islam semakin bertambah.

Keratan Akhbar ” Berita Arrahnu ke Pattani

Antara kandungan berita tersebut adalah seperti di bawah:

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berhasrat menembusi pasaran Ar-Rahnu Pattani, Thailand menerusi perniagaan francais Ar-Rahnunya dalam tiga tahun akan datang.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abdul Malek Awang Kechil berkata, kestabilan perniagaan Ar-Rahnu YaPEIM di Malaysia yang mendapat sokongan penuh kerajaan menjadi faktor kepada hasrat yayasan ini mengembangkan perniagaan ke luar negara.

“Hasrat ini akan disuarakan kepada kerajaan Thailand dan serantau pada Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 di Pattani.

“Thailand sedang mengalami masalah kekurangan sumber dana bagi pembangunan perniagaan Ar-Rahnunya dan kami melihat situasi ini sebagai peluang mengembangkan perniagaan kami,” katanya selepas majlis pembukaan Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 di Pattani, Thailand Sabtu lalu. – Bernama

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply