Ar-rahnu Pos Malaysia

Ar-rahnu Pos Malaysia

Pos Malaysia 300x232 Ar rahnu Pos Malaysia
Berita gembira untuk pelabur – pelabur emas, penyimpan penyimpan emas serta peniaga emas di Malaysia kerana Pos Malaysia akan memperkenalkan pajak gadai Islam dengan usahasama Bank Muamalat Malaysia . Bertambah lagilah institusi ar-rahnu atau pajak gadai Islam di Malaysia dan ini memberi banyak pilihan kepada rakyat Malaysia. Sememangnya pertambahan institusi ar-rahnu atau pajak gadai islam merupakan satu perkembangan yang bagus dan menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya untuk kita mula menjadikan emas sebagai portfolio alternatif kepada pelaburan.

Kalau sebelum ini kita sudah terbiasa dengan Ar-Rahnu Bank rakyat, Ar-Rahnu Agro Bank, Ar-Rahnu Yapiem, kini Pos Malaysia pula mengikut jejak langkah dengan memperkenalkan Pos Ar-Rahnu yang memberi peluang kepada pelanggan Pos Malaysia untuk memajak bemas, barang kemas mereka dengan Pos Arrahnu.

Mengikut sumber dari Berita Harian, Pos Ar-Rahnu telah ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 30 Mac lalu dengan mempunyai modal saham RM 100,000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1 sesaham. Untuk maklumat selanjutnya boleh baca petikan berita dibawah :

POS Malaysia ceburi pajak gadai Islam

Syarikat kuasai 80 peratus kepentingan usaha sama BMMB

POS Malaysia Bhd yang sedang melaksanakan program transformasi dalam perniagaannya akan menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu secara usaha sama dengan Bank Muamalat Malaysia (BMMB).

Bagi melaksanakan perkhidmatan itu, ia membeli keseluruhan ekuiti sebuah syarikat tidak aktif, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, sebelum ini dikenali Bright Emerald Sdn Bhd, yang akan digunakan sebagai syarikat usaha sama dengan BMMB.
POS Malaysia akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama itu, manakala BMMB menguasai bakinya.
POS Malaysia berkata, rasional utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan lagi tawaran pro-duk di cawangan pejabat pos miliknya.

“Pada masa sama, kerjasama itu akan menyediakan alternatif untuk mengagihkan kemudahan kredit mikro kepada perusahaan kecil yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada bank,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.
Kenyataan itu menambah, syarikat usaha sama berkenaan memanfaatkan rangkaian dan infrastruktur POS Malaysia di seluruh negara.
“Justeru, kos operasi akan dapat dikurangkan menerusi perkongsian infrastruktur dan kos operasi yang lebih rendah membolehkan syarikat usaha sama itu menjana pulangan lebih tinggi daripada perniagaan terbabit,” katanya.
POS Malaysia berkata, dengan rangkaian meluas kira-kira 700 cawangan pejabat pos yang dimilikinya ketika ini, syarikat usaha sama itu juga berpotensi meneroka rancangan pengembangan agresif perniagaan Ar-Rahnu di beberapa lokasi strategik.

“Cawangan POS Malaysia bukan saja terletak di ibu negeri dan bandar utama, malah di bandar kecil dan kawasan luar bandar. Justeru, menyediakan peluang kadar penembusan lebih tinggi yang masih belum dieksploitasi syarikat lain di beberapa lokasi,” katanya.

Pembiayaan bagi operasi syarikat usaha sama itu, kata POS Malaysia akan terlebih dulu dijananya menerusi pembiayaan institusi kewangan, yang mungkin termasuk BMMB, namun ia bergantung kepada terma paling sesuai kepada Pos Ar-Rahnu.
Pos Ar-Rahnu ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 30 Mac lalu mempunyai modal saham RM100,000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1 sesaham.
Sumber : Berita Harian

Diharapkan dengan bertambahnya institusi ar-rahnu atau pajak gadai islam ini membuka lebih banyak peluang kepada kita semua untuk menyimpan emas atau untuk mencagarkan emas simpanan kita semasa memerlukan sumber kewangan dan ianya selari dengan tuntutan syariah. Umat Islam tidak perlu lagi pergi ke Pajak Gadai Konvensional yang sememangnya diragui samada urusannya patuh syariah ataupun tidak kerana semakin banyak pilihan pajak gadai islam terdapat di Malaysia.

Don't be shellfish...It's only fair to share...facebook Ar rahnu Pos Malaysiatwitter Ar rahnu Pos Malaysiagoogle Ar rahnu Pos Malaysialinkedin Ar rahnu Pos Malaysiapinterest Ar rahnu Pos Malaysiaemail Ar rahnu Pos Malaysiaprint Ar rahnu Pos Malaysia

Leave a reply