Category Archives: Pelaburan Emas & Perak

artikel berkaitan pelaburan emas dan perak

Seleweng Duit Pelabur berjumlah RM 2.2 Juta

Seleweng Duit Pelabur berjumlah RM 2.2 Juta

Keratan Akbar Berita Penyelewengan Pelaburan
Keratan Akbar Berita Penyelewengan Pelaburan

Disini dikongsikan berita tentang penyelewengan duit pelabur berjumlah RM 2.2 juta oleh Ceo syarikat ternakan ikan keli, semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua pelabur-pelabur tidak kiralah anda melabur dalam skim apa sekalipun baik pelaburan emas, pelaburan ikan kelisa, pelaburan ikan keli, pelaburan burung walit atau pelaburan – pelaburan yang seangkatan dengannya. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis pelaburan yang menjanjikan keuntungan atau pulangan luar biasa, sebaiknya disiasat dahulu latar belakang sayarikat pelaburan yang ingin disertai bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan skim pelaburan TIPU yang tumbuh bagaikan cendawan di negara kita. Berikut adalah berita Ceo Seleweng duit pelabur berjumlah RM 2.2 juta.

SEREMBAN – Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat dan suaminya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeleweng wang milik 170 pelabur berjumlah RM2.2 juta untuk skim ternakan ikan keli, pada tahun lalu.

Zuriata Mohd Darus, 43, dan suaminya, Mohd Roshaidi Yusof, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Kanageswari Nalliah.

Bagi tuduhan pertama, Zuriata selaku pemilik Agro Multy Trading Bhd., didakwa gagal mematuhi perjanjian di dalam Surat Ikatan Amanah Skim Keli Malaya bertarikh 28 Mei 2012 yang syarikat itu dikehendaki membayar kepada pemegang amanah dalam tempoh 30 hari selepas menerima wang daripada pelabur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat perniagaan syarikat itu di nombor 190 & 191, Galla Industrial Park, Jalan Labu di sini antara 11 Jun dan 14 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Zuriata dan suaminya juga didakwa secara berasingan bersubahat dengan syarikat Agro Multy Trading Bhd. yang gagal mematuhi perjanjian yang sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 64(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Mohamad Azies Han Mohd Fadzil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala kedua-dua tertuduh di wakili peguam Prakasam Palany.

Terdahulu, Mohamad Azies Han memohon mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimana pun, Prakasam kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan berkenaan dengan alasan pasangan itu tidak mempunyai wang selain perlu menyara keluarga.

Kanageswari kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print
Tip Membeli Emas

Tip Membeli Emas

Ini merupakan perkonsian tip membeli emas yang saya baca daripada akhbar tempatan untuk panduan pembaca semua : Pilih kedai yang dipercayai. (Kalau membeli secara online pilih peniaga online yang boleh dipercayai) Pastikan harga berpatutan. Recce dulu harga dan buat perbandingan harga. Pastikan kejituan emas. Pilih samada emas 999 atau pun emas 916. Pastikan anda membayar… Continue Reading

Menjual Dan Meggadai Emas Palsu

Menjual Dan Meggadai Emas Palsu

Disini saya kongsikan berita tentang penipuan jual beli emas yang berlaku di Ipoh. Mereka telah menjual Dan Meggadai Emas Palsu, Enam individu dihadapkan ke mahkamah kerana menipu sebuah bank dalam urusan pajak gadai dan penjualan emas. Mereka telah menggadaikan rantai dan loket emas palsu dan melibatkan kerugian sebanyak RM 163.804.24. Kepada pembeli dan penjual emas… Continue Reading

Siri Bunga Mas Public Gold

Siri Bunga Mas Public Gold

Kepada Pelanggan yang dihargai, Dengan bangganya, Syarikat Public Gold memperkenalkan produk baru iaitu siri BungaMas. Produk ini merupakan jongkong emas berdasarkan motif traditional melayu dengan ketulenan 999.9. Produk BungaMas ini telah diukir dengan tulisan Jawi yang anggun di permukaan hadapan jongkong emas. Terdapat juga corak Songket yang unik dicetak di belakang produk ini untuk meningkatkan… Continue Reading

Harga Emas 999.9 RM 144 per Gram

Harga Emas 999.9 RM 144 per Gram

Berikut adalah petikan email yang saya terima daripada Public Gold berkaitan harga emas 999.9 yang cuma RM 144 per gram Salam Sejahtera, Kepada semua pelanggan yang dihargai, Pergerakkan harga emas baru-baru ini telah menggalakkan pembelian yang kuat di pasaran emas atau lebih dikenali sebagai GOLD RUSH. Harga Emas 999.9 sekarang RM144/g sahaja. Jangan lepaskan peluang… Continue Reading

Harga Emas Jatuh Sepanjang April 2013

Harga Emas Jatuh Sepanjang April 2013

Berikut adalah petikan berita kejatuhan harga emas sepanjang April 2013 Oleh NUR NAZLINA NADZARI ekonomi@utusan.com.my. KUALA LUMPUR 23 April – Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun… Continue Reading

Promosi Menjadi Dealer Emas Public Gold

Promosi Menjadi Dealer Emas Public Gold

Berminat untuk menjadi Dealer Emas Syarikat Public Gold ? Rebutlah peluang menarik dari 1 Feb hingga 28 Feb 2013 Public Gold mengadakan Promosi The Return Of Dealer Recruitment Drive dimana memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi dealer emas dan perak bagi Syarikat Public Gold International Berhad. Antara Faedah Menarik yang Bakal Diperolehi Sepanjang… Continue Reading

Beli Emas Dapat Tembaga

Beli Emas Dapat Tembaga

Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa. Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.… Continue Reading