Benarkah Pelaburan Emas Merugikan ?

Benarkah Pelaburan Emas Merugikan ?

Akhir -akhir ini masyarakat di Malaysia mengalami suatu fenomena Pelaburan Emas, dimana mana ada sahaja yang bercakap tentang pelaburan emas, kebanyakan berpendapat pelaburan emas adalah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan tetapi lain pula cerita nya dengan saudara kita seorang ni. Dia menyatakan pelaburan emas sesuatu yang merugikan, sama sama kita baca komen saudara kita ni.

TSURI
Kajang, Selangor
SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.
Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.
Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.
Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.
Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.
Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.
Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.
Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.
Sumber: Utusan Online

Apa pendapat tuan -tuan tentang komen saudara kita ni? Bagi saya setiap apa yang kita hendak lakukan hendaklah dilakukan dengan Ilmu, tak kira apa jenis pelaburan sekalipun hendaklah difahami, diteliti dan diperhalusi sebelum melabur. Dalam kes ini apa yang boleh disimpulkan adalah pembeli terikut ikut dengan trend pelaburan emas dan tidak mengkaji pelaburan emas itu dengan lebih mendalam, hanya kerana melihat orang lain melabur emas, janganlah kita terikut-ikut untuk melabur emas juga tanpa perlu membuat kajian yang teliti. Dalam kes diatas apa yang dapat saya simpulkan ialah kesilapan pertama saudara kita ini adalah membeli emas dari syarikat yang menawarkan harga jualan yang tinggi, keduanya membeli emas dari syarikat yang menwarkan spread (beza harga jual – beli ) yang agak tinggi dan ketigannya saudara kita ni menjual emas yang dibelinya dalam tempoh yang singkat tanpa melihat harga belian dan jualan
pada ketika hendak menjual balik emas tersebut.

Ingatlah pelaburan emas merupakan pelaburan jangka panjang, beberapa tips yang ingin saya kongsikan jika ingin membeli emas, pertamanya belilah daripada penjual yang menawarkan harga murah, keduanya beli dari penjual yang menawarkan buyback dan spread harga yang rendah, belilah emas ketika harga jatuh ataupun rendah, ingatlah walaupun harga emas sentiasa naik sepanjang tahun namun ada ketika nya harga emas jatuh , dan pada ketika itulah masa sesuai untuk membeli dan anda berkemungkinan berpeluang mendapat keuntungan dalam masa yang lebih singkat.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply