Bilakah masanya untuk membeli perak ?

Bilakah masanya untuk membeli perak ?

Bilakah masa sesuai untuk membeli perak sebagai alternatif pelaburan ?

Disebabkan oleh kerana nilai perak berubah-ubah secara tetap dan konsisten tidak hairanlah ramai yang teragak-agak untuk membeli perak dan sentiasa menjadi persoalan kepada pelabur, bilakah masanya untuk membeli perak.

Jika dilihat kepada trend harga perak sejak beberapa tahun kebelakangan, harga perak adalah pada trend meningkat daripada kurang daripada satu dolar bagi setiap auns pada tahun 1950-an kepada lebih 25 dolar setiap auns hari ini. Sebanranya terdapat peningkatan yang ketara pada tahun 1980-an yang kemudiannya dikuti kejatuhan harga untuk beberapa tahun kemudian dan sehingga baru-baru ini, harga perak kekal agak stabil.

Faktor yang perlu dilihat, untuk menentukan bilakah masa sesuai untuk membeli perak adalah disebabkan oleh apakah anda membeli perak, jika anda membeli perak, contohnya anda membeli duit syiling perak semata-mata kerana tertarik dengan keindahan dan dijadikan hobi mengumpul dan tiada niat untuk menjualnnya semula kemudian hari apabila harga perak semakin meningkat, maka pada bila-bila masa merupakan masa yang sssuai untuk anda membeli perak.

Tetapi jika anda membeli sebagai pelaburan untuk maka beberapa faktor lain perlu diambil kira.
Realitinya hari ini, stok simpanan perak diperut bumi telah berkurangan dan stok di kilang-kilang juga telah berkurangan kepada kira-kira 100 juta auns.

Perkara diatas terjadi kerana perak adalah amat penting bagi industri, dan digunakan secara meluas dalam produktiviti barangan elektronik contohnya telefon, komponen komputer, peti sejuk dan beribu-ribu barang-barang elektronik lain. Perak pengeluaran kebanyakannya hasil perlombongan yang lain seperti emas, timah, dan zink sebagai contoh.

Beli bar perak atau syiling perak lebih bagus ? Jika dilihat kepada pasaran silver di Malaysia kedua-duanya mempunyai kadar kecairan yang tinggi, tidaklah sukar untuk menjual kembali perak anda pada bila-bila masa sama ada secara online atau offline. Sebaiknya belilah kepingan perak atau syiling perak yang mempunyai kadar premium yang rendah bagi memaksimunkan keuntugan pelaburan perak anda. Di Malaysia antara perak yang mudah untuk dibeli dan dijual semula apabila harga meningkat adalah Silver Public Gold

Oleh kerana harga perak yang masih rendah dan dengan kenaikan harga yang cukup stabil maka semestinya perak adalah satu pelaburan yang berdaya maju untuk masa depan dan sekarang merupakan masa yang amat sesuai akan untuk membeli perak terutamanya dalam bentuk duit syiling perak atau jongkong 1 troy auns.

jika ditanya kepada saya bilakah masa yang sesuai untuk membeli perak, jawapan saya cukup mudah, pada asasnya masa terbaik untuk membeli perak adalah bila-bila masa, terutamanya jika anda membeli secara konsisten dan tetap kerana percayalah kenaikan harga perak akan sentiasa lebih tinggi daripada kenaikan harga emas selagi ratio perak kepada emas masih lagi pada kadar yang agak jauh.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

One Response to Bilakah masanya untuk membeli perak ?

  1. Je dois être mal configuré alors, surtout vu d’en bas où je ne vois pas de jardin (ce qui est la vue la plus courante que l’on peut avoir d’un imlu#bme&e8230;)La forme du nuage rappelle directement un nuage d’explosion, qu’on le critique ou qu’on l’admire je ne crois pas que les architectes n’aient pas pu y penser avant.

Leave a reply