Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnah

Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnah

Setiap hari saya melihat ragam orang memakai cincin sebagai perhiasan di jari mereka, ada yang memakai ccincin emas, ada yang memakai cincin perak, ada juga yang memakai cincin suasa dan ada juga yang memakai cincin yang diperbuat daripada logam serta material yang lain seperti besi, tembaga, tali, kulit, kayu dan plastik.

Seperti yang kita sedia maklum memakai cincin emas adalah haram bagi setiap lelaki, saya tidak berniat untuk membincangkan tentang pemakaian cincin emas dikalangan kaum lelaki yang sememangnya diharamkan tetapi saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca tentang pemakaian cincin mengikut sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W

Kaum lelaki di bolehkan untuk memakai cincin perak sebagai perhiasan, jari yang disarankan untuk pemakaian cincin adalah jari kelinking dan jari manis, sementara bagi kaum wanita tiada masalah untuk memakainya dijari mana sekalipun kerana cincin sememangnya perhiasan kaum wanita.

Pada jari kelingking / jari manis sebelah tangan kanan atau tangan kiri yang dibolehkan dipakai oleh kaum lelaki ?
Terrdapat beberapa dua pendapat yang berbeza , ada yang menyatakan boleh dipakai samada di jari tangan kanan atau tangan kiri tetapi yang pastinya tidak boleh dipakai di jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari.

Cincin Belah Rotanedit 1 300x240 Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnah
Cincin Belah Rotan EP- 24K & EP-22K

Mungkin Fatwa yang dipetik daripada Ensklopedia Fekah Kuwait dibawah ini boleh menjelaskan lagi tentang persoalan pemakaian cincin :

Ulamak tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan; kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan, tetapi ulamak berselisih faham dijari manakah pemakaian cincin bagi kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya, pengikut Mazhab Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari kelingking ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan.

Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga ulamak menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah saw dan berkata beberapa mereka itu : Sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa; kerana pentafsiran kanan dari Rasulullah saw membatalkannya.

Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kelingking, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta’ : Sah dari : [Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya]. Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari kelingking kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik.

Sesungguhnya umum memilih pemakaian disebelah tangan kiri. Berkata Imam Shafiee : Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kelingking sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kelingking sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yang  afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya. Dari Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. [Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya].

Kata Hanbali : Memakai cincin di kiri jari kelingking adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kelingking (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

Berikut adalah maklumat daripada ensklopedia fekah, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

Don't be shellfish...It's only fair to share...facebook Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahtwitter Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahgoogle Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahlinkedin Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahpinterest Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahemail Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnahprint Pada Jari Manakah Cincin Dipakai Mengikut Sunnah

Leave a reply