Dinar KGT Hologram Akan Diperkenalkan Februari 2012

Dinar KGT Hologram Akan Diperkenalkan Februari 2012

Kelantan Gold Trade  (KGT) , akan memperkenalkan mata wang syariah Dinar Kelantan baru yang mempunyai ciri hologram , reka bentuk dinar baru ini dikeluarkan sempena tahun baru 1433 hijrah.

Dinar Hologram ini boleh didapati dalam nilai Setengah Dinar, Dua Dinar dan Lapan Dinar. Keistimewaan dinar baru ini adalah ianya memiliki ciri-ciri keselamatan iaitu kalimah yang menggunakan hologram. Pencapaian jualan yang dicatakan lebih 40 juta sepanjang tahun 2011 oleh Kelantan Gold Trade juga menjadi pemangkin kepada pihak KGT untuk tampil dengan produk Dinar dan Dirham yang lebih menarik . Dibawah adalah gambar Dinar Hologram Terbaru yang bakal memasuki pasaran kelak. 

Jika ada pengunjung www.on9biz.com yang berminat untuk mendapatkan Dinar Versi baru ini bolehlah menghubungi kami apabila ianya di keluarkan secara rasmi nanti.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply