Kejar Emas Sampai Tergadai Nyawa ?

Kejar Emas Sampai Tergadai Nyawa ?

Pelombong Emas Haram Gadai Nyawa Kejar Emas
Muka Depan Kosmo 21/08/2012

Ini adalah muka depan akhbar Kosmo bertarikh 21/08/2012, Berita daripada kosmo ini melaporkan bagaimana pelombong-pelombong emas haram yang sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan emas yang terdapat di kaki Gunung Tabai,Bau Sarawak. Petikan berita tersebut adalah seperti di bawah :

Pengurus Geologi North Borneo Gold, Murray Stevens memantau kawasan perlombongan haram di kaki Gunung Tabai di Bau, Sarawak baru-baru ini.

KUCHING – Meskipun lombong emas di kaki Gunung Tabai, Bau di sini sudah memakan tiga korban, para pelombong emas haram tidak pernah serik untuk mencari logam berharga itu sejak berbulan-bulan lalu.

Lebih menjengkelkan, mereka bukan sahaja mencuri emas dari lombong berkenaan bahkan sanggup pula memberi suapan kepada pekerja syarikat yang memiliki lombong terbabit agar melindungi kegiatan mereka.

Lombong tersebut dimiliki oleh syarikat North Borneo Gold Sdn. Bhd.

Pelombong emas haram itu yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin langsung tidak mempedulikan soal keselamatan diri ketika melakukan kegiatan tersebut.

Ini kerana hasil jualan emas yang diperoleh sangat lumayan.
Peralatan-peralatan khas seperti penyodok tanah, pahat, tukul, guni serta khemah yang dibawa menjadi penguat semangat kepada mereka untuk menggali emas sebanyak mungkin.

Apa yang dapat kita simpulkan daripada berita ini adalah emas sememangnya mempunyai nilai dan sentiasa berharga dan manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan emas. Kita seharunya merebut peluang untuk menambahkan simpanan emas kita sementara harga emas masih murah dan kita masih mampu untuk membelinya. Tidak mustahil pada suatu masa nanti harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya segelintir yang mampu membelinya kerana kekurangan penawaran dalam pasaran emas apabila tiada lagi lombong-lombong emas baru diterokai.

Sila gunakan form dibawah jika ada sebarang persoalan atau idea untuk dikongsikan.

[contact-form] [contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /] [contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /] [contact-field label=”Website” type=”url” /] [contact-field label=”Comment” type=”textarea” required=”true” /] [/contact-form]

 

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply