Kenapa Kita Patut Simpan Emas ?

Kenapa Kita Patut Simpan Emas ?

Emas merupakan pemengang nilai yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas sentiasa stabil dan kukuh dan menarik perhatian tamadun manusai untuk menyimpan emas. Jika seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Rasulullah S.A.W, hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar. Ini menunjukkan emas adalah anti inflasi dan merupakan inflasi sifar walaupun tempoh masa lebih 1400 tahun.

Ini membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas merupakan simpanan yang paling stabil dan kukuh. Kuasa beli emas masih dikekalkan dan inilah kelebihan emas. Walaupun, emas boleh dicetak tanpa hadnya oleh sesebuah negara nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian, kekayaan menyimpan dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan kerana ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Lapan Perkara Menarik Tentang Emas :

  1. Kedudukan emas sangat tinggi nilainya dan merupakan komoditi yang terpenting masyarakat dunia – Pengeluaran emas dari perut bumi adalah sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat dunia.
  2. Jumlah emas di atas muka bumi tidak banyak tetapi beredar di dalam masyarakat ketika ini dan pemilikan emas sentiasa bertukar tangan – Kebanyakan orang yang mampu sahaja memiliki dan menyimpan emas.
  3. Emas adalah wang – Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas yang susut nilainya dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
  4. Emas adalah alternatif kepada wang kertas dunia – Wang kertas sentiasa bermasalah kerana dikawal oleh kerajaan dan nilainya boleh turun menjunam apabila berlakunya defisit negara.
  5. Nilai jualan emas tetap kekal dan tidak seperti wang – Nilai wang kertas sepuluh tahun yang lalu tidak akan sama nilainya pada hari ini.
  6. Jikalau emas dipasarkan dipasaran saham, keadaannya sentiasa ‘BULLISH’ kerana nilai harga yang sentiasa naik.
  7. Nilai emas ditentukan oleh pasaran dan tidak dikawal oleh bank pusat (Central Bank); dan
  8. Nilai emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh inflasi (zero inflation effect) – Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah sebagai penyimpan nilai yang baik. Nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas yang berada ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Kami menjalankan aktiviti jual beli emas public gold, emas sri ayu dan emas eLagenda serta menyediakan khidmat membeli emas lama, emas terpakai, emas lusuh serta tebus surat pajak. Hubungi Kami jika berminat untuk mengetahui tentang pelaburan emas.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply