Nilai Dinar Kelantan

Nilai Dinar Kelantan

Baru-baru ini kecoh tentang penyelewengan pengurusan Dinar Kelantan dan skandal matawang syariah tersebut, namun bukan niat saya untuk menulis artikel berkaitan skandal tersebut kerana ianya diluar bidang kuasa dan pengetahuan saya. Apa yang saya ingin kongsikan adalah pertanyaan daripada salah seorang pelanggan saya yang bertanya

” Betulkah Dinar Kelantan tiada nilainya lagi apabila plastiknya dibuka ?” Jawapannya ada dalam petikan berita diatas, nilai Dinar Kelantan tidak hilang begitu saja apabila plastik yang melindunginya daripada tercalar dan kemek dibuka, ini kerana yang memegang nilai dinar tersebut adalah emas yang terdapat dalam dinar itu sendiri.

Ketulenan  emas yang digunakan untuk membuat dinar tersebut adalah  berketulenan 917/22k dengan berat 4.25 gram. Kepada penyimpan emas dinar Kelantan atau Dinar KGT tidak perlulah risau jika plastik Dinar anda telah dibuka ataupun telah hilang plastik penutupnya kerana emas tetap emas, sentiasa berharga walau dimana sahaja ianya dibawa. Lihat sahajalah peristiwa peperangan di Vietnam dahulu. Rakyat Vietnam lari dari negara mereka sendiri dan berhijrah ke negara bersempadan untuk mendapat perlindungan , mereka tidak membawa wang kertas negara mereka namun sebaliknya membawa kepingan-kepingan emas kerana mereka tahu pada ketika itu wang kertas negara Vietnam sudah tidak berharga tetapi Emas yang dibawa tetap berharga dan diterima di mana-mana negara sekali pun.

Bentuk Kepingan Emas Vietnam

 

Jika anda semua sedar betapa pentingnya menyimpan emas untuk pelaburan dan juga digunakan semasa darurat atau kecemasan sudah tentu anda akan memilih untuk menyimpan emas dari tidak kira dalam bentuk syiling emas, jongkong emas ataupun dinar emas. Kepada pengunjung blog ini yang berminat untuk mendapatkan dinar bolehlah melihat koleksi dinar yang kami jual di Koleksi Dinar.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply