Pekerja Risau Duit Simpanan Tak Cukup

Pekerja Risau Duit Simpanan Tak Cukup

Artikel yang disiarkan dalam Berita Harian pada 23/07/2012 yang lalu berkenaan “Pekerja Risau Tidak Cukup Simpanan” bolehlah dijadikan renungan buat kita semua dalam merancang ekonomi diri masing-masing . Kita perlu lihat mengapakah perkara ini berlaku? Adakah kerana kita dibayar gaji yang tidak setimpal ?  adakah kita berbelanja berlebihan daripada apa yang kita dapat ? atau adakah kita gagal merancang untuk menyimpan? Petikan artikel tersebut seperti dibawah :

Lapan puluh peratus pekerja di Malaysia bimbang tidak mempunyai simpanan mencukupi dan menjadi beban kepada waris apabila bersara, demikian mengikut kaji selidik Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

Pengarah Program dan Felo Kanan Inisiatif Usia Global CSIS, Richard Jackson, berkata empat daripada lima penduduk negara ini bimbang mendapat penyakit serius selepas bersara dan tiada siapa mempedulikan mereka.

Katanya, peratusan itu paling tinggi antara enam negara yang dikaji menerusi Kaji Selidik Persaraan Asia Timur yang dikendalikan bersama institut penyelidikan dasar awam berpangkalan di Washington itu dengan firma insurans global, Prudential PLC.

“Kebimbangan itu berpunca antaranya faktor usia persaraan di negara ini yang lebih rendah menyebabkan mereka berdepan risiko kehabisan simpanan dalam tempoh singkat,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Harapkan waris

CSIS menggunakan sampel daripada responden terdiri daripada penduduk bandar dan di luar bandar dengan data dibahagi mengikut usia, jantina dan tahap pendidikan.

Jackson berkata, prospek persaraan di negara ini bagaimanapun lebih baik dalam kalangan generasi muda kerana majoriti menjangkakan mereka kurang bergantung kepada waris selepas bersara, berbanding pesara sedia ada.
“Namun, dengan satu daripada lima pekerja masih menjangkakan tidak menerima manfaat persaraan, tinjauannya adalah masih jauh daripada keadaan selamat,” katanya.

Rakyat Malaysia juga, katanya mempunyai pandangan berbeza terhadap sistem persaraan ideal dengan 39 peratus menyatakan kerajaan bertanggungjawab kepada pendapatan persaraan, manakala 31 peratus lagi berkata ia adalah tugas individu.

Tambah usia pencen

“Walaupun peranan keluarga dilihat semakin mustahak, hanya 14 peratus responden mengatakan anak yang bekerja bertanggungjawab menyediakan pendapatan persaraan kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi kebimbangan itu, sistem persaraan Malaysia perlu meningkatkan usia persaraan, menambah penyertaan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meletakkan siling perlindungan kemiskinan usia yang kukuh.

“Malaysia bernasib baik kerana memiliki demografi memihak yang memberikan ruang serta masa mencukupi kepada pembuat dasar untuk bertindak,” katanya.

Antara Komen di Facebook

Apakah yang sepatutnya dibuat oleh kita semua bagi meamstikan kita mempunyai simapanan yang cukup bagi menghadapi masa kecemasan dan menempuh hari persaraan kita. Antara yang boleh dipraktikkan adalah mulalah menyimpan emas dari sekarang dan jadikan ianya salah satu portfolio pelaburan anda.

Ada banyak kelebihan apabila anda menyimpan emas berbanding wang , salah satunya kebarangkalian untuk anda membelanjakan wang simpanan anda kepada perkara yang tidak berapa perlu adalah tinggi apabila menyimpan dalam bentuk wang ringgit.

Jika menyimpan dalam bentuk emas anda merasa sukar sedikit untuk berbelanja kerana emas itu perlu dicairkan dahulu kepada wang kertas sebelum berbelanja. Keduanya apabila wang telah ditukar kepada emas samada syiling emas, jongkong emas atau barang kemas anda akan berasa sayang untuk menjual kembali emas anda dan secara psikologinya anda telah menanam minat menyimpan dalam diam.

Ketiganya dengan emas sebenarnya ada beberapa teknik pelaburan yang boleh digunakan bagi menambah nilai simpanan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menggunakan teknik simpanan Ar-Rahnu untuk menambah simapanan emas anda, dengan menggunakan teknik ini ada ada banyak peluang dan masa yang cukup untuk menambah simpanan anda. Terdapat banyak pihak yang mengajurkan seminar tentang teknik Ar-Rahnu ini. Anda bolehlah google untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik ini.

Jika anda berminat untuk memulakan simpanan emas bolehlah layari Koleksi Emas Pelaburan kami.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

One Response to Pekerja Risau Duit Simpanan Tak Cukup

  1. Cool…I have wanted to get a firepit for some time now…alas, always something else to get! LOL!! One of these days though… Wow, I am trying to remember something I recieved or bought this su0.hr&#823m;mmiget be kinda lame, but I’d have to say some books….either for the boys and some for me. That’s all I can come up with now! LOL!

Leave a reply