Pelaburan Emas Atau Silver, Mana Lagi Untung ?

Pelaburan Emas Atau Silver, Mana Lagi Untung ?

Bila bercakap tentang pelaburan emas atau silver, persoalan yang selalu ditanya yang manakah lagi untung ?

Untuk menjawab soalan sebegini biasanya saya akan rujuk kepada analisa pelaburan dan “Historical Graf ” dan membuat perbandingan jangka panjang diantara kedua-dua jenis pelaburan ini. Kedua – dua pelaburan mempunyai potensi keuntungan yang cukup menarik dan terpulanglah kepada setiap individu untuk memilih pelaburan emas atau pelaburan silver. Saya memilih keduanya sekali kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Cuma daripada pengalaman saya pelaburan silver memerlukan lebih kesabaran dan tempoh pegangan yang agak lama berbanding emas, ini kerana di Malaysia agak susah sedikit untuk mencari pembeli Silver jika hendak menjualnya secara “Urgent”. Sementara Emas tiada masalah untuk menjualnya kembali kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi, tak ada masalah jika nak jual emas urgently dan pada harga yang masih menguntungkan.

Kedua-dua logam ini digunakan dalam industri pembuatan dan pengilangan terutamanya dalam pengeluaran alat elektronik, kedua-duanya mempunyai permintaan yang tinggi dalam industri tetapi dari segi permintaan oleh pihak bank dan pembeli, mereka lebih berminat untuk menyimpan emas. Ini kerana sebelum ini matawang di ikat kepada reserve emas.Namun jika dilihat pada graf kenaikan harga emas dan silver daripada tahun 2002 sehingga Ogos 2012 dibawah  didapati, pulangan daripada pelaburan silver lebih tinggi iaitu 315.2% berbanding emas 275.4%.

 

Perbandingan Keuntungan Pelaburan Emas Dan Silver
Graf dari investorplace.com

Track Rekod sepuluh tahun menunjukkan pelaburan silver memberi lebih pulangan kepada pelaburan. Jadi apakah pilihan anda pelaburan emas atau pelaburan silver?

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply