Seleweng Duit Pelabur berjumlah RM 2.2 Juta

Seleweng Duit Pelabur berjumlah RM 2.2 Juta

Keratan Akbar Berita Penyelewengan Pelaburan
Keratan Akbar Berita Penyelewengan Pelaburan

Disini dikongsikan berita tentang penyelewengan duit pelabur berjumlah RM 2.2 juta oleh Ceo syarikat ternakan ikan keli, semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua pelabur-pelabur tidak kiralah anda melabur dalam skim apa sekalipun baik pelaburan emas, pelaburan ikan kelisa, pelaburan ikan keli, pelaburan burung walit atau pelaburan – pelaburan yang seangkatan dengannya. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis pelaburan yang menjanjikan keuntungan atau pulangan luar biasa, sebaiknya disiasat dahulu latar belakang sayarikat pelaburan yang ingin disertai bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan skim pelaburan TIPU yang tumbuh bagaikan cendawan di negara kita. Berikut adalah berita Ceo Seleweng duit pelabur berjumlah RM 2.2 juta.

SEREMBAN – Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat dan suaminya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeleweng wang milik 170 pelabur berjumlah RM2.2 juta untuk skim ternakan ikan keli, pada tahun lalu.

Zuriata Mohd Darus, 43, dan suaminya, Mohd Roshaidi Yusof, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Kanageswari Nalliah.

Bagi tuduhan pertama, Zuriata selaku pemilik Agro Multy Trading Bhd., didakwa gagal mematuhi perjanjian di dalam Surat Ikatan Amanah Skim Keli Malaya bertarikh 28 Mei 2012 yang syarikat itu dikehendaki membayar kepada pemegang amanah dalam tempoh 30 hari selepas menerima wang daripada pelabur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat perniagaan syarikat itu di nombor 190 & 191, Galla Industrial Park, Jalan Labu di sini antara 11 Jun dan 14 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.

Zuriata dan suaminya juga didakwa secara berasingan bersubahat dengan syarikat Agro Multy Trading Bhd. yang gagal mematuhi perjanjian yang sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 64(1)(b) Akta Syarikat 1965 yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Mohamad Azies Han Mohd Fadzil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia manakala kedua-dua tertuduh di wakili peguam Prakasam Palany.

Terdahulu, Mohamad Azies Han memohon mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimana pun, Prakasam kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan berkenaan dengan alasan pasangan itu tidak mempunyai wang selain perlu menyara keluarga.

Kanageswari kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Share on LinkedInPin on PinterestEmail this to someonePrint this page

Leave a reply