Survey Jangkaan Harga Emas Minggu Hadapan

Survey Jangkaan Harga Emas Minggu Hadapan

survey harga emas minggu hadapanDipetik daripada Kitco Gold Survey

Jumaat November 18, 2011 12:15

Prospek harga emas minggu hadapan agak  suram dimana kebanyakan  peserta dalam Kajian Emas mingguan Kitco News ‘menunjukkan perbezaan jangkaan yang agak tinggi, dengan sedikit berat sebelah kepada harga yang lebih tinggi.

Daripada survey Berita Emas Kitco, yang seramai 34 peserta, 24 memberikan maklum balas minggu ini. Daripada 24 peserta berkenaan, 13 menjangkakan harga naik, manakala 10 menjangkakan harga jatuh dan satu pihak menjangkakan  harga sedikit berubah atau tidak berubah. Peserta survey Kitco adalah terdiri daripada para peniaga bullion, bank-bank pelaburan, peniaga-peniaga niaga hadapan dan penganalisis carta teknikal.

Daripada peserta yang melihat harga yang lebih tinggi minggu depan, beberapa berkata kemungkinan hasil daripada jualan segera minggu ini telah menjadikan Emas didalam situasi yang mungkin menarik pemburu emas harga murah untuk membeli emas pada harga yang murah. Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa asas-asas yang mendasari harga emas seperti: persekitaran kadar faedah yang rendah, pelonggaran kuantitatif dan kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi global akhirnya menyokong harga emas untuk naik.

Peserta yang merasakan harga minggu hadapan yang agak lemah berkata week’s break pada minggu ini telah memberi kesan jangka pendek pada carta teknikal yang boleh memberi momentum kenaikan harga tetapi momentum telah beralih kepada  penurunan harga.

Adam Hewison, presiden dan ketua strategis dengan Ino dan MarketClub.com, berkata beliau percaya emas agak stabil  untuk minggu depan atau dua tiga minggu lagi, berkemungkinan dagangan akan turun kepada $ 1.670 auns dari harga semasa sekarang iaitu kira-kira $ 1,725​​.

“Saya fikir kita akan melihat kecairan yang lebih dalam pasaran ekuiti baik di dalam negara dan di luar negara dan juga oleh kerana keperluan bagi pelabur kepada bentuk wang tunai,” kata Hewison, faktor -faktor inilah yang telah meletakkan tekanan ke atas harga emas minggu ini.

Sementara peserta survey yang menjangkakan harga tidak berubah menjangkakan “cosolidation” selepas harga break off secara mendadak minggu ini dan akan mengekalkan harga pada “market rangebound”.

Apakah jangkaan anda? jika merasakan emas akan terus meningkat ,  sebaiknya anda membeli sekarang dan jika merasakan sebaliknya, anda boleh amik langkah tunggu dan lihat sebelum bertindak, pada pendapat saya harga emas akan kekal stabil dan mungkin terdapat sedikit peningkatan harga. Hubungi Kami untuk mendapatkan konsultansi pelaburan emas. Terima Kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

Leave a reply