Tips Pelaburan Emas Melalui Teknik Arrahnu

Tips Pelaburan Emas Melalui Teknik Arrahnu

Sejak kesedaran masyarakat tentang kepentingan pelaburan emas semakin meningkat , bermacam – macam jenis teknik pelaburan muncul di mana tujuan utamanya adalah untuk memboleh kan seseorang membeli dan mengumpul stok emas sehingga kadang kadang melangkaui kemampuan pelabur itu sendiri. Teknik yang paling popular adalah menggunakan kemudahan Arrahnu untuk mendapatkan pinjaman yang akan digunakan pula untuk menambah stok emas.

Ada yang membeli emas dengan wang simpanan yang sudah cukup untuk membeli emas dan kemudian baru menggadaikannya untuk mendapatkan pinjaman daripada Arrahnu dan kemudian menggunakan wang pinjaman tersebut untuk membeli stok emas baru . Dan ada juga yang cuma membayar 35% daripada harga emas kepada penjual dan kemudiannya menggadaikan emas yang diterima daripada penjual kemudian baru melangsaikan baki 65% harga emas yang dibeli olehnya.

Terdapat dua khilaf terhadap hukum pembelian secara 35%-65% ini. Ada pendapat yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan ianya haram sama sekali. Namun topik kali ini bukanlah untu membincangkan hukum halal haram cara jual/beli tersebut kerana saya bukanlah org yang layak untuk membincangkan hukum jual beli tersebut.Apa yang saya ingin bincangkan adalah tips dan nasihat kepada mereka yang menggunakan kemudahan arrahnu untuk membeli emas.

Pertamanya jangan gunakan  kesemua wang simpanan tunai untuk  pelaburan emas kerana walaupun emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila bila masa namun harus diingat kita biasanya akan menjual emas pada harga yang kurang menarik atau lebih rendah daripada nilai belian kita apabila memerlukan wang dalam keadaan terdesak atau kecemasan. Jadi seeloknya simpanlah juga wang tunai untuk kegunaan di masa kesusahan atau kecemasan. Jadi jangan terlalu ghairah untuk menambah stok emas sehinggakan kesemua wang tunai ditukarkan kepada emas dan sehingga sanggup menggunakan teknik 35% – 65 % demi untuk menambah pembelian emas. Belilah ikut kemampuan anda, harus diingat teknik 35% – 65% bukannya sesuai untuk sesiapa sahaja tapi perlulah di teliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum diaplikasikan.  

Jangan terlalu taksub atau mudah mempercayai janji-janji manis ejen jualan emas yang menjanjikan emas pada harga murah dengan pulangan yang terlampau tinggi. Buat perbandingan harga dahulu sebelum membeli daripada ejen – ejen, ini kerana ada ejen -ejen yang tidak jujur dan mengambil kesempatan keatas pembeli terutamanya mereka yang baru hendak berjinak jinak dengan pelaburan emas. Janji kenaikan harga emas tahunan secara puratanya 30% setahun  juga perlu diteliti, pengiraan perbezaan harga jual beli perlu  diambil kira, biasanya spread adalah diantara  (5-15%), jadi pilihlah emas yang mempunyai spread yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan pelaburan . Upah simpanan arrahnu juga perlu diambilkira jika menggunakan perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

Jangan kerap melakukan over lapse  hutang setiap kali harga emas naik ataupun setelah tamat  tempoh 6 bulan gadaian kerana dikhuatiri  pada satu tahap apabila hargta emas jatuh anda sudah tidak boleh lagi untuk over lapse dan tidak mempunyai tunai untuk membayar upah simpan. Memang emas anda akan dilelong dan sebarang lebihan setelah ditolak upah simpan akan dikembalikan namun harus diingat nama anda akan diblacklist untuk beberpa bulan barulah anda boleh kembali menggunakan khidmat arrahnu, tidakkah ianya menyusahkan anda sebenarnya.

Dinasihatkan bayar upah simpan dengan wang sendiri kerana kita cuma perlu membayar upah simpan asal dan boleh mengekalkan upah simpan asal berbanding dengan mereka yang selalu over lapse yang perlu membayar upah simpan baru. Kalau ada duit lebih, cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak arrahnu  dan tidak menunggu sehingga tamat tempoh 6 bulan pertama. Jadikanlah  pembelian Emas sebagai salah satu bentuk simpanan paksaan yang boleh memberi keuntungan di masa depan.

Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi harga dan membuat panic selling kerana ianya boleh merugikan anda . Jika tiada keperluan mendesak untuk menjual emas anda , simpanlah emas tersebut walaupun terdapat spekulasi yang mengatakan harga emas akan jatuh gila-gila kerana lambat laun harga emas akan naik kembali lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah sekarang.

Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, jadi buatlah kajian dan belajar dari mereka yang telah  berpengalaman tentang naik turun pelaburan emas sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan pelaburan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan . 

Don't be shellfish...It's only fair to share...Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
Print this page
Print

One Response to Tips Pelaburan Emas Melalui Teknik Arrahnu

  1. […] Ketiganya dengan emas sebenarnya ada beberapa teknik pelaburan yang boleh digunakan bagi menambah nilai simpanan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menggunakan teknik simpanan Ar-Rahnu untuk menambah simapanan emas anda, dengan menggunakan teknik ini ada ada banyak peluang dan masa yang cukup untuk menambah simpanan anda. Terdapat banyak pihak yang mengajurkan seminar tentang teknik Ar-Rahnu ini. Anda bolehlah google untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik ini. […]

Leave a reply